Teknologi, Pedang Bermata Dua

2019-10-21 11:31:21  CRI
Share with:

Keselamatan negara tidak dapat wujud tanpa keselamatan siber, kerana teknologi ialah pedang bermata dua yang bukan sahaja membawa kemudahan dari segi maklumat serta kemakmuran, tetapi juga pelbagai risiko dan cabaran.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, semakin kerap berlakunya insiden seperti serangan penggodam, kebocoran data peribadi, pemantauan menerusi Internet dan keganasan siber. Ada negara yang mengejar hegemoni di ruang siber, mengekang pembangunan teknologi dan industri Internet milik negara lain, kelakuan yang menambah kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Dalam konteks ini, pembentukan sebuah komuniti berkongsi nasib di ruang siber telah dikatakan satu manifestasi dan praktik penting bagi gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan, yang perlu mengikut arus pembangunan zaman maklumat ini serta mencerminkan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa.

Kuncinya terletak pada tadbir urus sejagat berprinsipkan berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi yang harus dijadikan pegangan teguh, sedangkan urusan global dikendalikan bersama menerusi perundingan melibatkan rakyat sedunia. Hanya dengan berbuat demikian barulah dapat hasil pembangunan Internet membawa manfaat lebih besar kepada umat manusia.

曹捷