Penumpang di HKIA Turun 12.8%

2019-10-21 11:30:27  CRI
Share with:

Jumlah penumpang keluar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) pada bulan lepas susut 12.8% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat 4.9 juta.

Data terkini pihak berkuasa lapangan terbang turut menunjukkan, bilangan pesawat yang berlepas dan mendarat berkurang 1% kepada 33,390. Muatan yang dikendalikan juga menampakkan trend sama, iaitu turun 5.9% kepada 406,000 tan.

Jumlah pelancong ke Hong Kong yang tidak seramai dahulu dikatakan faktor utama yang membawa kepada perkembangan tersebut.

Selain itu, persekitaran perdagangan sejagat yang tidak menentu telah mengakibatkan jumlah pengangkutan barang di HKIA terus menguncup.

曹捷