Gesa Tangani Ketegangan Perdagangan

2019-10-21 13:44:58  CRI
Share with:

Jawatankuasa Monetari dan Kewangan (IMFC) menggesa semua pihak menangani ketegangan situasi perdagangan dan menyokong pembaharuan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) agar memangkin pertumbuhan ekonomi global.

Pada 19 Oktober, IMFC selaku badan pembuat keputusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), memanggil mesyuarat peringkat menteri ke-40 di Washington.

Pengumuman susulan mesyuarat menyebut bahawa prospek ekonomi global tidak menentu dan risiko kemelesetan semakin bertambah, semuanya gara-gara ketegangan situasi perdagangan, ketidakpastian dari segi dasar dan juga risiko geopolitik.

Pada masa yang sama, timbul masalah seperti ruang dasar terhad, paras hutang meningkat dan kerapuhan kewangan semakin memburuk.

IMFC dalam pengumuman tersebut turut menekankan perdagangan barangan dan perkhidmatan serta pelaburan yang dijalankan secara bebas, adil dan saling untung, kunci bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang kerja. 

Sama pentingnya, sebuah sistem perdagangan antarabangsa yang mampu menghadapi cabaran semasa dan akan datang, serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dengan baik.

曹捷