101 Penerbangan Awam ke Tibet

2019-10-21 12:54:27  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_164b2b07-0a19-4e2a-90c6-f75045eb6bf3

Jumlah laluan penerbangan awam ke Tibet kini mencatat 101, yang menghubungkan wilayah itu dengan 51 bandar termasuk kebanyakan ibu kota provinsi serta bandar peringkat kedua dan ketiga negara. 

Pada sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 39,989 pesawat berlepas dan mendarat di Tibet, meningkat 12.7% berbanding tempoh sama tahun lalu. Jumlah penumpang keluar masuk pula mencatat 4,380,428, naik 7.1%.

Seterusnya, Tibet akan menggalakkan dan menyokong syarikat meneroka laluan penerbangan yang melibatkan wilayah tersebut, di samping mengoptimumkan struktur rangkaian laluan penerbangan, mempertingkat kapasiti pengangkutan penumpang dan memastikan penerbangan yang mencukupi.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_58b32db0-f0b0-4a66-806a-abc4c3a3d966

曹捷