Mutu Pembangunan Terus Meningkat

2019-10-22 11:53:17  CRI
Share with:

Tatkala ekonomi dunia terhambat oleh tekanan kemelesetan, ekonomi China tetap beroperasi pada julat yang munasabah walaupun pertumbuhannya menunjukkan momentum lebih perlahan.

China yakin dan mampu memastikan matlamat ekonomi makro dicapai. Turun naik kadar pertumbuhan boleh diterima asalkan pengambilan kerja dan pendapatan penduduk bertambah baik seiring persekitaran ekologi dan kualiti pembangunan.

Ketika menganalisis fenomena ekonomi, yang perlu dipandang bukan sahaja situasi semasa, tetapi juga perkembangan jangka panjang. Hala tuju pertumbuhan ekonomi China tidak berubah, kerana mutu pembangunan terus meningkat berkat penambahbaikan struktur ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

高蕾