Jangan Jadi Perosak Kerjasama

2019-11-04 20:32:18  CRI
Share with:

China dan negara-negara ASEAN sentiasa mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang baik dengan berpandukan Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta peta garisan ditetapkan dalam rundingan Kod Tatalaku (CoC) yang berkaitan.

Dalam taklimat media selepas Sidang Kemuncak Asia Timur di Bangkok hari ini, Naib Menteri Luar China, Le Yucheng menyatakan China dan negara-negara ASEAN yakin mampu memelihara kedamaian dan kestabilan serta menggalakkan situasi di perairan tersebut terus berkembang baik.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat segelintir kuasa dari luar rantau sering membuat kacau dan mencetuskan ketegangan di Laut China Selatan. Perbuatan mereka yang berniat mengganggu kerjasama Asia Timur adalah tidak konstruktif, tidak bertanggungjawab dan tidak akan diterima.

Mereka digesa supaya menghormati dan menyokong usaha negara-negara di rantau ini untuk menjaga kestabilan, dan jangan menjadi perosak kerjasama Asia Timur.

梁靓