Iran Sambung Kegiatan di Fordow

2019-11-07 12:54:50  CRI
Share with:
Iran telah menghantar 2,000 kilogram uranium heksafluorida ke fasiliti nuklear di Fordow semalam untuk menyambung kegiatan pengayaan uranium.

Agensi berita IRNA melaporkan, bahan tersebut diangkut menurut perintah Presiden Hassan Rouhani dan di bawah pemantauan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Sebelum ini, Rouhani mengumumkan fasa keempat penggantungan perjanjian komprehensif isu nuklear.

Menteri Luar Mohammad Javad Zarif dalam kenyataan menerusi media sosial berkata, tindakan tersebut sebagai reaksi kepada pengunduran AS daripada perjanjian berkenaan serta kegagalan negara-negara Eropah menunaikan kewajipan mereka.
林莹