Xi, Macron Runding di Beijing

2019-11-07 14:36:02  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125200315_15730427940701n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron di Beijing semalam.

Xi menyatakan kehadiran beliau dan Macron pada  perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua di Shanghai memperlihatkan komitmen untuk mempertahankan multilateralisme dan perdagangan bebas serta membentuk ekonomi dunia yang terbuka. 

Perbincangan secara terus terang dan mendalam  mengenai topik-topik yang menjadi tumpuan bersama telah memperkukuh persefahaman dan rasa saling percaya.

Tatkala dunia mengharungi perubahan besar, China dan Perancis selaku anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan wakil tamadun Timur dan Barat, hendaklah meningkatkan komunikasi strategik, menggalas lebih banyak tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai kuasa besar. 

Xi berikrar bersama-sama Macron melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis ke tahap lebih tinggi.

Beliau mengemukakan enam sasaran untuk membawa lebih banyak hasil substantif dalam interaksi dan kerjasama.

Yang disasarkan, memupuk rasa saling percaya dalam politik; menggalakkan kerjasama melibatkan projek mega; memperluas keterbukaan pasaran; mempertingkat penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi kesalinghubungan Euro-Asia; memperdalam kerjasama membabitkan inovasi dan mewujudkan pembangunan mampan; merancakkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun.

图片默认标题_fororder_1125200315_15730428289281n

Macron meluahkan rasa gembira dapat melawat China sempena ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik. 

Katanya, komunikasi kerap dengan Presiden Xi telah menyemarakkan persahabatan dan rasa saling percaya dalam politik antara dua negara, begitu juga kerjasama pragmatik. 

Perancis dan China sependirian dalam banyak isu antarabangsa, dan selaku dua kuasa besar memikul tanggungjawab penting dalam situasi semasa.

Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat Perancis berharap dapat merebut peluang daripada keterbukaan lebih luas  China untuk lebih bertapak di pasaran China. 

Selain menambah pengeksportan produk pertanian, mereka mahu mempergiat kerjasama meliputi penerbangan, aeroangkasa, tenaga nuklear kegunaan awam serta inovasi teknologi dan kewangan.

张弘