750 Syarikat EU Serta CIIE

2019-11-08 11:37:56  CRI
Share with:

Hampir 750 syarikat dari negara-negara Kesatuan Eropah(EU) menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua dengan ruang pameran 25% lebih luas berbanding tahun lepas.

Pada taklimat media di Beijing semalam, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng memaklumkan dalam CIIE pertama, syarikat kejuruteraan Jungheinrich Jerman dan Kumpulan Auto Geely China telah mengikat kontrak pembelian 300 kenderaan termasuk traktor yang bernilai puluhan juta yuan.

Setakat ini, lebih 40 syarikat EU telah berdaftar untuk menyertai CIIE ketiga pada tahun depan.

 

覃淼