Seru Manfaatkan Sukan Tentera

2019-11-08 11:58:42  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping meminta jabatan-jabatan kerajaan memanfaatkan pengalaman menganjurkan Sukan Tentera Dunia untuk terus berjuang demi matlamat "dua seratus tahun" serta kebangkitan nusa dan bangsa.

Katanya, temasya yang diadakan dengan jaya bukan sahaja memaparkan imej China pada era baharu, malah pendiriannya yang menjunjung pembangunan secara damai.

Sukan Tentera Dunia CISM ketujuh diadakan pada 18 hingga 27 Oktober di Wuhan, provinsi Hubei. Temasya setiap empat tahun menarik penyertaan hampir 10,000 anggota tentera dari 109 negara untuk bertanding dalam 27 acara.

 

覃淼