Import dan Eksport China Naik 2.4%

2019-11-09 15:17:26  CRI
Share with:

Data terkini kastam menunjukkan, jumlah import dan eksport China dalam sepuluh bulan pertama tahun ini mencecah RMB25.63 trilion (RM15.13 trilion), meningkat 2.4% berbanding masa sama tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, jumlah perdagangan China dengan Eropah dan ASEAN masing-masing mencecah RMB3.98 trilion (RM2.35 trilion) dan RMB3.54 trilion (RM2.09 trilion), meningkat 8.3% dan 11.9%. 

Perdagangan China dengan AS menyaksikan penurunan sebanyak 10.6% kepada RMB3 trilion (RM1.77 trilion). 

Jumlah dagangan China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pula merekodkan RMB7.47 trilion (RM4.41 trilion), naik 9.4%. Angka ini mewakili hampir 30% keseluruhan import dan eksport China.

梁靓