Pelaburan China di Luar Tingkat 5.9%

2019-11-15 14:23:58  CRI
Share with:

Pelaburan bukan sektor kewangan yang diselesaikan syarikat China di luar negara meningkat 5.9% dengan mencatat RMB621.78 bilion (RM368 bilion) pada bulan Januari hingga Oktober lalu.

Dalam sidang akhbar semalam, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng memaklumkan, dalam tempoh tersebut, pelaburan yang ditambah syarikat China terhadap 56 buah negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI) menduduki 12.7% dalam keseluruhan pelaburan di luar negara, dengan mencecah USD11.46 bilion (RM6.8 bilion).

Serentak itu, struktur pelaburan China di luar negara semakin dioptimumkan, terbukti dengan sebanyak 60% ditanam dalam bidang perkhidmatan pajakan dan perniagaan, pembuatan, penjualan borong dan runcit.  

曹捷