Keyakinan dan Tindakan Kondusif kepada Kerjasama BRICS

2019-11-15 12:16:47  CRI
Share with:


Hubungan rakan revolusi industri baharu negara BRICS merupakan satu titik berat dalam kerjasama ekonomi BRICS pada peringkat seterusnya. Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Penutupan Forum Perniagaan BRICS. 

“Hubungan rakan revolusi industri baharu negara BRICS” dilihat akan menjadi tunjang ke-4 yang menyokong kerjasama negara BRICS seperti pembangunan ekonomi, keselamatan politik dan kerjasama sosiobudaya. Inisiatif tersebut selaras dengan keperluan pembaharuan dan revolusi industri dan sains teknologi pusingan baharu, dan bermanfaat bagi negara BRICS untuk meneroka bidang kerjasama baharu, saling melengkapi dengan kelebihan masing-masing, meningkatkan kecekapan kerjasama serta mempercepat peralihan penggerak lama dengan penggerak baru dan penaiktarafan industri. 

Keazaman China untuk terus membuka pintu tidak berubah, manakala trend ekonomi China makin baik pun tidak berubah. China sedang berusaha memperincikan kerjasama BRICS dengan keyakinan dan tindakan yang kondusif serta terus memberi inspirasi bagi pembangunan bersama negara BRICS.

张宪