Presiden Xi Ditemui Henry Kissinger

2019-11-23 14:54:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125263893_15744274452361n

Presiden China Xi Jinping ditemui bekas Setiausaha Negara AS Herny Kissinger di Beijing semalam.

Xi menilai tinggi sumbangan Dr. Henry Kissinger dalam menggalakkan pembangunan hubungan China-AS, dan semoga beliau sihat dan boleh terus memberi sumbangan kepada perkembangan hubungan bilateral.Menurut Xi, hubungan China-AS kini berada dalam keadaan kritikal dengan menghadapi sedikit sebanyak kesukaran dan cabaran. Kebudayaan tradisional China menganjurkan suasana harmoni boleh mengandungi suara yang berbeza, dan juga menganjurkan bahawa prinsip asas patut didahulukan sebelum menangani perincian. Kedua-dua negara patut meningkatkan penyelarasan mengenai isu strategik, mengelakkan salah faham daripada berlaku, dan meningkatkan persefahaman. Kedua-dua pihak patut saling menghormati, berusaha mencari kesamaan dan mengetepikan perbezaan, menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan dan bermanfaat bagi kepentingan asas rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia, dan mendorong hubungan bilateral berkembang maju.

Herny Kissinger menyatakan melalui kira-kira 100 kali lawatannya ke China dalam 50 tahun yang lalu, beliau telah menyaksikan perubahan besar-besaran negara ini. Meskipun mengalami turun naik dalam 50 tahun lalu, hubungan bilateral tetap dikekalkan berkembang maju. Seiring dengan latar belakang zaman yang berubah, peri pentingnya hubungan bilateral AS-China semakin menonjol. Kedua-dua pihak patut meningkatkan penyelarasan, bersungguh-sungguh mencari kaedah menangani perselisihan, dan terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Ini bermakna penting bagi kedua-dua negara bahkan dunia.

张弘