Singapura Tubuh Tabung Otak Pertama

2019-11-28 13:01:39  CRI
Share with:

Singapura telah melancarkan tabung otak pertama negara itu, yang berfungsi sebagai repositori dan pusat kajian bagi penyakit-penyakit neurologi.

Fasiliti itu ditubuhkan melalui kerjasama Sekolah Perubatan Lee Kong Chian Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Kumpulan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG) dan Institut Neurosains Kebangsaan (NNI).

Tiga institusi tersebut dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, Brain Bank Singapore akan menyelidik pelbagai jenis penyakit neurologi dengan mengkaji bahagian otak dan air tulang belakang sumbangan penderma yang telah meninggal dunia.

Mereka berharap dapat merekrut seramai 1,000 penderma dalam empat tahun akan datang.

张哲