Forum Keselamatan Asia Barat Berakhir

2019-11-29 16:13:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500019_1_9500019_1_1_3d847ea3-1432-4d68-87c8-430e2bef6553

Forum Keselamatan Asia Barat melabuhkan tirai di Beijing semalam, dengan tercapainya beberapa konsensus mengenai keamanan dan keselamatan rantau tersebut.


Presiden Akademi Pengajian Antarabangsa China, Qi Zhenhong dalam sidang media semalam berkata kebanyakan peserta forum berpendapat Asia Barat tidak selamat pada masa ini. Unilateralisme, pembulian, tekanan ekstrem dan perdagangan tidak adil yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menjadi sebab utama bagi kegawatan di Asia Barat.

Bagi merealisasikan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan, peserta dari pelbagai negara telah mencapai konsensus dalam empat perkara.

Mereka bersetuju untuk membina konsep keselamatan bersama yang komprehensif, bersifat kerjasama dan mampan serta menyelesaikan isu-isu serantau secara adil. 

Konsensus lain, membolehkan pembangunan memainkan peranannya dalam tadbir urus, dan menggalakkan kempen membanteras keganasan dan ekstremisme selain memperkasakan dialog antara tamadun, rasa saling percaya dan kerjasama serta menghapuskan amalan dwistandard.

梁靓