UN WOMEN Asia Pasifik Tolak Pendirian AS

2019-12-02 13:51:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_联合国亚太妇女权益审议会议高票通过《北京宣言25周年——促进性别平等和妇女赋权亚太部长级宣言》

Persidangan Hak dan Kepentingan Wanita Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan satu deklarasi peringkat menteri bagi kesamaan jantina dan pemerkasaan wanita, di Bangkok Jumaat lalu. 

图片默认标题_fororder_中国常驻联合国亚太经社会代表黎弘发言
Deklarasi yang diluluskan dengan 72 undi menyokong dan 1 undi menentang, menggesa negara-negara Asia Pasifik meneruskan pelaksanaan Deklarasi Beijing dan platform tindakan yang diluluskan dalam Persidangan Wanita Dunia ke-4 di Beijing pada 1995.

Negara-negara berkenaan juga diminta menggalakkan pembentukan sistem jaminan sosial, perkhidmatan awam dan prasarana yang inklusif, untuk memastikan kaum wanita menikmati peluang pendidikan yang sama rata, peluang kerja yang baik, serta suasana kerja yang kondusif dan gaji yang setimpal.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mengundi menentang, mendakwa kandungan berkaitan "menghormati hak dan kebebasan wanita dalam pembiakan" bercanggah dengan dasar domestiknya yang menentang pengguguran anak.

Bagaimanapun, kedengaran sorak-sorai dan tepukan gemuruh sebaik sahaja keputusan pengundian diumumkan.

图片默认标题_fororder_公布投票结果后,现场一片欢呼并长时间鼓掌

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾