Dwistandard, Pedang Bermata Dua

2019-12-02 13:17:20  CRI
Share with:

Jenayah ganas sesuatu yang mengerikan bagi masyarakat yang ditadbir berdasarkan undang-undang. Tiada negara di dunia yang akan membiarkan berleluasanya jenayah ganas.

Jika rusuhan seperti di Hong Kong berlaku di Amerika Syarikat (AS), penguat kuasa undang-undang pasti akan bertindak dengan tegas. Namun, rusuhan di Hong Kong dinobatkan pula sebagai "ekspresi-ekspresi demi demokrasi". Ini memperlihatkan dwistandard yang diamalkan sesetengah pihak di AS bagi mengekalkan hegemoni negara sendiri.

Pada masa ini, ketika penduduk Hong Kong mendambakan pulihnya order masyarakat, AS menguatkuasakan akta mengenai Hong Kong yang memberi isyarat salah kepada anasir kekerasan sekali gus memburukkan situasi. 

AS perlu beringat-ingat bahawa dwistandard itu seperti pedang bermata dua yang akhirnya akan memakan tuan.

曹捷