China, Iran Sepakat Mengenai JCPOA

2019-12-03 13:57:36  CRI
Share with:

Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu telah membincangkan isu nuklear Iran dengan rakan sejawatnya, Abbas Araghchi di Beijing kelmarin.

Kedua-dua pihak bersepakat memperhebat kerjasama, mendorong pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) secara menyeluruh dan berkesan, memelihara order antarabangsa berasaskan undang-undang, mencari penyelesaian secara politik dan diplomatik, serta menggalakkan kedamaian dan kestabilan sejagat dan serantau.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, China dan Iran akan melaksanakan konsensus antara pemimpin, memperkukuh hubungan rasa saling percaya dalam politik, memperdalam kerjasama pragmatik dan memperkaya perkongsian strategik komprehensif, demi manfaat lebih besar buat satu sama lain.

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾