Sesi ke-25 UNFCC di Madrid

2019-12-04 11:47:52  CRI
Share with:

Sesi ke-25 persidangan pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) sedang berlangsung di Madrid.

Agenda persidangan termasuk empat mesyuarat melibatkan kira-kira 80 topik termasuk Sumbangan Ditentukan Negara Seperti Yang Dihasratkan (Intended Nationally Determined Contributions - INDC) serta pembiayaan, teknologi, ketelusan, langkah respons, pembinaan kemampuan dan pertanian. 

Data Sekretariat persidangan menunjukkan lebih 26,000 orang dari 197 negara pemeterai dan pemerhati telah mendaftarkan penyertaan mereka, menggambarkan tahap keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap acara tersebut.

China menganggap semua pihak hendaklah mematuhi prinsip "sama rata, bersama tetapi berbeza, dan menurut kemampuan masing-masing" yang termaktub dalam Konvensyen dan Persetujuan Paris,
mempertimbangkan keadaan negara yang berbeza dan melaksanakan INDC dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan berbuat demikian barulah Persetujuan Paris dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan berkesan.

China sentiasa menekankan perlunya memahami dan melaksanakan Persetujuan Paris dengan ikhlas dan komprehensif, serta bersedia memikul kewajipan sewajarnya dengan sebaik mungkin.  

曹捷