ATF ke-20 Buka Tirai di Singapura

2019-12-05 13:23:46  CRI
Share with:

Forum dan Pasaran TV Asia (ATF) ke-20 membuka tirai di Singapura semalam. 

Pasaran ATF tahun ini meningkat 5% berbanding tahun lalu dengan peserta dari 55 negara dan wilayah, program televisyen yang bervariasi serta peluang perniagaan yang banyak menggambarkan kedudukan Asia dalam bidang media dan hiburan semkin meningkat.

Dalam acara ini, keluasan tapak pameran China dan bilangan peserta dari China mencatat rekod baharu. Para peserta China telah membawa lebih seratus karya filem dan televisyen kepada pasaran antarabangsa, mencerminkan kemakmuran serta ledakan kedinamikan industri filem, televisyen dan media China.  

曹捷