Sektor Korporat China-AS Perlu Suntik Tenaga Positif

2019-12-06 16:08:00  CRI
Share with:

Hubungan China-Amerika Syarikat (AS) kini berada pada persimpangan jalan yang getir.
 
Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai baru-baru ini menyatakan bahawa 'kekuatan perosak' terhadap perselisihan perdagangan ketika ini perlu diberi perhatian, sementara sektor korporat China-AS  perlu menyuntik tenaga positif kepada persahabatan dan kerjasama dua hala.

Kata beliau, sektor korporat kedua-dua negara memikul tanggungjawab bersama dalam menentang tindakan penghasut dan dendam antara rakyat sekali gus menjejaskan hubungan dua hala.

Presiden Majlis Perniagaan AS-China, Craig Allen ketika ditemubual wartawan berkata, tokoh-tokoh perniagaan AS berharap memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan dan eksport, di samping menanti-nantikan hubungan yang lebih kukuh dan sihat dengan China.


 

张哲