Perlu Dengar Suara-suara Rasional

2019-12-11 14:43:03  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) diharap mendengar suara-suara rasional dari pelbagai lapisan masyarakat sendiri dan menyingkirkan mentaliti Perang Dingin.

Dalam satu taklimat media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying turut menyeru AS agar bersama-sama China menggalakkan perkembangan stabil hubungan dua hala.

Mutakhir, beberapa sarjana AS mengkritik dasar pemerintahan Trump terhadap China. Bekas Timbalan Setiausaha Negara AS yang juga bekas Presiden Bank Dunia (WB), Robert Zoellick berkata, konfrontasi antara AS dengan China akan membawa impak dan risiko yang tidak dapat dijangka. 


Pengarah Pusat Pembangunan Mampan Universiti Columbia, Jeffrey D. Sachs pula berkata usaha yang dilakukan China untuk merintis pembangunan sendiri adalah sah. Perang perdagangan tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang membebani AS.
 

徐国玮