Dokumentari CGTN Tular di Iran

2019-12-11 14:15:20  CRI
Share with:

Dua dokumentari mengenai Xinjiang yang disiarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini menjadi tular di media Iran.

Dokumentari berkenaan mengisahkan perjuangan dan pengorbanan China dalam memerangi ekstremisme dan keganasan, dan membuktikan bahawa "menghapuskan ekstremisme" satu-satunya jalan bagi mewujudkan ketenteraman berkekalan di Xinjiang.

Filem itu bukan sahaja disiarkan semula melalui media arus perdana Iran, malah menerusi laman sesawang video.

Netizen Iran mengutuk keras pembasuhan otak kanak-kanak oleh pengganas, dan mempersoalkan dwistandard negara-negara Barat mengenai isu Xinjiang.

Pada masa yang sama, mereka juga menyanjung tinggi pencapaian Xinjiang pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan menyatakan mereka memahami perlunya langkah-langkah yang diambil kerajaan China untuk membanteras keganasan.

胡星