AS "Pembuat Kacau" Usaha Hak Asasi

2019-12-11 14:48:52  CRI
Share with:

Laporan terkini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa dasar "toleransi sifar" yang diamalkan pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan berlakunya masalah pencabulan hak asasi, misalnya penahanan kanak-kanak migran secara haram.

Ini kes terbaharu yang menunjukkan situasi hak asasi di AS semakin buruk. Maka, boleh dikatakan hipokrit dan tidak masuk akal bagi politikus AS mencampuri urusan negara lain di bawah panji-panji "hak asasi".

AS yang sentiasa bersyarah bahawa "semua manusia adalah sama rata", telah sekian lama diwarnai diskriminasi ras. Yang paling menyakiti hati masyarakat antarabangsa, negara yang memanggil diri "pejuang hak asasi" ini mencetuskan konflik dari satu tempat ke satu tempat, membawa kesengsaraan kepada negara-negara seperti Afghanistan, Iraq dan Syria.

Baru-baru ini, AS menguatkuasakan pula Akta Dasar Hak Asasi Uygur 2019 yang memutarbelitkan perjuangan China untuk membanteras ekstremisme dan keganasan. Pembohongan yang sebegini besar bagaimanapun diketahui jua oleh masyarakat antarabangsa.

Dengan mengamalkan dwistandard, mempolitikkan isu hak asasi dan mencampuri urusan dalaman negara lain, AS bukan sahaja membelakangi nilai-nilai hak asasi manusia, bahkan menjadi "pembuat kacau" dalam perjuangan hak asasi antarabangsa.

徐国玮