WTO Mangsa Unilateralisme AS

2019-12-12 14:27:30  CRI
Share with:

Adalah amat mendukacitakan apabila Badan Rayuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menjadi satu lagi mangsa kepada unilateralisme dan amalan perlindungan oleh Amerika Syarikat (AS)

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat media di Beijing semalam.

Dilaporkan, Badan Rayuan WTO terpaksa digantung selepas AS menghalang proses pemilihan dan pelantikan hakim baharu bagi menggantikan dua hakim yang tempoh perkhidmatan mereka berakhir pada 10 Disember.

Sehubungan itu, Hua menyatakan sebanyak 117 negara anggota menggesa agar pemilihan hakim baharu dilakukan segera. Ini memperlihatkan hasrat kuat majoriti anggota untuk memulihkan operasi badan tersebut.
 
China komited bersama-sama majoriti negara berkenaan untuk menggalakkan penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi badan tersebut.

徐国玮