Projek Saluran Air Untungkan Rakyat

2019-12-12 16:50:54  CRI
Share with:

Genap lima tahun sejak fasa pertama bagi laluan timur dan tengah projek penyaluran air dari selatan ke utara China mula beroperasi.

Naib Menteri Sumber Air, Jiang Xuguang dalam satu taklimat media hari ini berkata, dalam tempoh lima tahun lalu, projek tersebut telah banyak mengubah pola bekalan air di kawasan-kawasan berkenaan, selain menjamin bekalan air minum untuk rakyat dan menambah baik persekitaran ekologi.

Projek itu turut menyokong pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

Setakat ini, projek terbabit telah menyalurkan hampir 30 bilion meter padu air dari selatan ke utara, menjadikannya sumber air utama bagi lebih 120 juta penduduk di lebih 40 bandar besar dan sederhana.

Projek penyaluran air dari selatan ke utara terdiri daripada laluan timur, tengah dan barat.

徐国玮