CAAC Jangka 79 juta Penumpang TBC 2020

2019-12-13 13:14:39  CRI
Share with:

Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) menjangkakan jumlah penumpang seramai 79 juta pada musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) tahun 2020.

Angka ini meningkat 8.4% berbanding masa sama tahun 2019.

Seiring dengan taraf hidup yang meningkat, semakin banyak keluarga China memilih untuk melancong ke luar negara pada percutian sempena TBC.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan CAAC, Yu Biao memaklumkan bahawa Jepun, Thailand dan Korea Selatan dijangka menjadi tiga destinasi paling hangat bagi pelancong China ketika TBC 2020. Filipina, Vietnam dan Jepun akan menyaksikan pertambahan jumlah pelancong China yang paling besar berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, CAAC akan menambah peruntukan untuk meningkatkan kapasiti pengangkutan demi keselesaan penumpang yang keluar masuk.

覃淼