Perjanjian Baharu China-AS Manfaatkan Seluruh Dunia

2019-12-14 14:56:33  CRI
Share with:

Dengan usaha bersama kumpulan kerja China dan Amerika Syarikat (AS), kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat. AS akan menarik balik tarif tambahan terhadap produk China secara berperingkat.

Pihak China berpendapat bahawa China dan AS sebagai dua kuasa ekonomi yang terbesar di dunia perlu menangani hubungan ekonomi dan perdagangan berdasarkan situasi antarabangsa. Pencapaian perjanjian ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara ini akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah dunia. 

Di samping itu, perjanjian berkenaan selaras dengan kesungguhan China dalam mempergiat pembaharuan dan keterbukaan. Pelaksanaan perjanjian itu akan bermanfaat bagi peningkatkan perlindungan harta intelek, membaiki persekitaran perniagaan, memperluas akses pasaran, melindungi hak dan kepentingan syarikat asing di China di samping menjaga hak dan kepentingan syarikat China dalam urus niaga dengan AS.
 

徐国玮