5G, Enjin Baharu Ekonomi China

2019-12-14 15:32:27  CRI
Share with:

Laporan Ekonomi 5G China 2020 diumumkan di Beijing semalam. Menurut laporan itu, 5G sebagai teknologi umum akan menggalakkan penaiktarafan ekonomi digital ke satu tahap baharu.

Seiring dengan penggunaan teknologi 5G untuk komersial di China pada tahun ini, nilai ekonomi dan prospek penggunaannya telah mendapat tumpuan meluas. Berdasarkan jangkaan Akademi Penyelidikan Maklumat dan Komunikasi China, 5G dapat menjana output ekonomi langsung berjumlah RMB6.3 trilion(RM3.96 trilion) dan nilai tambah sebanyak RMB2.9 trilion (RM1.82 trilion) selain menawarkan 8 juta peluang kerja di negara ini menjelang tahun 2030.

Menurut laporan tersebut, terminal mobil, hiburan am, Internet kegunaan industri, perubatan dan kesihatan, serta automobil akan menjadi lima industri yang paling memanfaatkan teknologi 5G.

徐国玮