Nilai Import, Eksport Catat Rekod

2020-01-15 14:40:53  CRI
Share with:


Nilai keseluruhan import dan eksport komoditi China pada tahun lepas meningkat 3.4% berbanding tahun sebelumnya, mencecah RMB31.54 trilion (RM18.6 trilion).

Data terkini kastam menunjukkan, nilai import, eksport, serta keseluruhan import dan eksport mencatat rekod baharu.

Dalam konteks pertumbuhan dunia yang terhambat, prestasi perdagangan luar China memperlihatkan ketahanan dan kedinamikan ekonomi negara ini, yang penting peranannya dalam menangkis tekanan kemerosotan global.

Tahun 2019 menyaksikan kebangkitan unilateralisme dan amalan perlindungan, namun perdagangan luar China bukan sahaja merekodkan peningkatan stabil dari segi kuantiti, malah terus maju dari segi kualiti.

Struktur perdagangan luar makin optimum, sementara usaha mempelbagaikan pasaran import dan eksport membuahkan hasil ketara.

Selain itu, syarikat swasta buat kali pertama mendahului syarikat modal asing sebagai entiti perdagangan luar terbesar di China, dengan peranan yang semakin penting. Ini turut membawa kepada peningkatan ketara dalam kelebihan kompetitif produk eksport China.

Kini, China masih berdepan suasana luaran yang kurang memberangsangkan bagi pertumbuhan perdagangan luar. Walau begitu, perdagangan luar China dipercayai mampu mengekalkan peningkatan stabil, dan menyumbang kepada pertumbuhan global.

 

张宪