China Perkenal Standard Asas Khidmat Pesara

2020-01-15 14:16:16  CRI
Share with:

China telah memperkenalkan standard asas bagi perkhidmatan berkaitan golongan pesara, yang merupakan piawaian wajib peringkat negara pertama bagi sektor berkenaan.

Semasa taklimat dasar Dewan Negara semalam, Naib Menteri Urusan Sivil (MCA), Gao Xiaobing menyatakan penguatkuasaan standard tersebut menandakan sistem piawaian persaraan telah terbentuk pada asasnya di China.

Data terkini menunjukkan terdapat hampir 250 juta warga tua di seluruh China. Negara ini juga sedang berdepan proses penuaan masyarakat yang paling pesat, paling besar skalanya, dan memakan masa paling lama.

Stardard asas berkenaan kondusif kepada pengawalseliaan institusi pesara, meliputi tujuh bahagian termasuk penilaian risiko keselamatan dan syarat-syarat pengurusan.

高蕾