63 Bilion Kiriman Ekspres Tahun Lepas

2020-01-15 15:10:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_0a9fa74d-94f7-4054-a6b8-1510f5494733


Pengusaha perkhidmatan penghantaran ekspres di China sama sibuknya menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina ini.

Pada sepanjang tahun lepas, jumlah jualan dalam talian di seluruh negara melebihi RMB9 trilion (RM5.3 trilion). Dalam erti kata lain, kira-kira satu perlima daripada transaksi pengguna dilakukan menerusi Internet.

Menurut Jabatan Pos Negara China, syarikat penghantaran ekspres tempatan menggaji lebih 3.2 juta penghantar, yang mengendalikan 63 bilion bungkusan.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_b2d5cc54-55e4-4738-b1c7-32578803eaf6


Sebanyak 402 taman logistik mula atau siap dibina di China pada tahun lalu, dengan sokongan 126 pesawat kargo dan 451 laluan kereta api ekspres.

Seiring dengan perubahan pada saluran penggunaan, industri penghantaran ekspres China mempercepat perkembangan, penaiktarafan dan transformasi sendiri, yang turut membawa kepada penambahbaikan mod dan kualiti perkhidmatan berkenaan.

张宪