Seru Bentuk Komuniti Lebih Rapat

2020-01-16 14:52:35  CRI
Share with:

China bersedia bersama-sama Myanmar mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat dan membuka lembaran baharu persahabatan "Pauk-phaw" yang sejarahnya menjangkau seribu tahun.

Pendirian itu diberi penekanan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam artikel yang diterbitkan akhbar tempatan Myanmar menjelang kunjungan beliau yang dijadualkan esok dan lusa.

Lawatan tersebut merupakan agenda pertama Xi ke seberang laut pada tahun ini, juga bertepatan dengan ulang tahun ke-70 ikatan diplomatik China dan Myanmar.


Xi berkata, sepanjang tujuh dekad lalu, kedua-dua negara mengamalkan Lima Prinsip Hidup Bersama secara Damai, dan sentiasa saling percaya, hormat dan menyokong hingga menjadi teladan bagi hubungan yang sama rata antara negara besar dan negara kecil.

Kedua-dua pihak diharap memanfaatkan peluang sempena ulang tahun ikatan diplomatik untuk memperhebat interaksi, memperluas pertukaran ekonomi dan perdagangan, dan mempertingkat penyelarasan dalam isu-isu serantau dan sejagat.

高蕾