Lawatan Xi Diyakini Buka Lembaran Baharu

2020-01-17 14:14:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2020011709554839210


Kunjungan pertama presiden China ke Myanmar selepas 19 tahun dilihat sebagai amat signifikan bagi negara itu.

图片默认标题_fororder_2020011709555936635


Menteri Publisiti Myanmar, Pe Myint yakin bahawa lawatan Presiden Xi Jinping akan membuka lembaran baharu persahabatan kedua-dua negara.

Pada masa yang sama, beliau berharap media dapat mengintensifkan kerjasama dan interaksi bagi menggalakkan persefahaman sesama rakyat. 

Tahun 2020 telah ditetapkan sebagai Tahun Pelancongan Budaya China-Myanmar. Kedua-dua negara akan terus mempertingkat interaksi dan kerjasama dalam bidang sosiobudaya.

Beliau percaya, sinergi antara media pasti bertambah meluas dan mendalam melalui lawatan Presiden Xi. 

Pe Myint turut menyuarakan rasa kagum terhadap jalan pembangunan bercirikan China yang ditempuh negara ini sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan lebih 40 tahun lalu. Pengalaman China itu dianggap wajar ditimba oleh Myanmar.

张宪