China Terus Teraju Globalisasi

2020-01-21 14:52:00  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping pernah mengatakan tiada gunanya menyalahkan globalisasi ekonomi atas segala masalah yang membebani dunia.

Beliau membuat penekanan itu dalam ucapan yang disampaikan ketika sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos tiga tahun lalu.

Katanya, tatkala berdepan perubahan yang dibawa globalisasi, masyarakat antarabangsa haruslah memanfaatkan sepenuhnya semua peluang yang ada, sambil bekerjasama untuk mengatasi cabaran dan membimbing arus proses tersebut.

Dalam tiga tahun lalu, China bergabung tenaga dengan rakan-rakan kongsinya untuk melindungi globalisasi dan menerajui pertumbuhan dunia. 

China bukan sahaja menikmati manfaat daripada globalisasi ekonomi, malah penyumbang aktif kepada prosesnya.

China akan terus meningkatkan keterbukaan, berkongsi peluang dan kepentingan, serta mewujudkan situasi menang-menang. China yang semakin terbuka akan terus memainkan peranan yang unik bagi merangsang pertumbuhan dunia dan membimbing arus globalisasi.

徐国玮