10 Maut Tunjuk Perasaan di Iraq

2020-01-22 14:38:42  CRI
Share with:

Sebanyak 10 orang terbunuh dan 159 lagi mengalami kecederaan ekoran tunjuk perasaan yang berlaku di Baghdad dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Jawatankuasa Hak Asasi di bawah pimpinan Parlimen Iraq mengesahkan berita ini dalam satu kenyataan semalam, sambil menyeru semua pihak terlibat agar mengelakkan penggunaan kekerasan dan melindungi harta awam dan peribadi.

Sejak Oktober lalu, Iraq telah diwarnai protes antikerajaan di merata-rata negara yang menuntut tindakan diambil untuk menangani masalah rasuah, perkhidmatan yang tidak memuaskan dan kadar pengangguran yang tinggi. 

Pada 13 Januari, penunjuk perasaan mengugut untuk meneruskan kegiatan mereka sekiranya parti-parti politik gagal membentuk kerajaan baharu dalam masa seminggu.

徐国玮