China Tekankan Perlunya Lindungi Multilateralisme

2020-01-24 15:17:30  CRI
Share with:


Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memanggil mesyuarat pada 22 hingga 23 Januari, untuk membahaskan laporan kerja yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung PBB. 

Pada mesyuarat tersebut, Wakil Tetap China, Zhang Jun menekankan bahawa masyarakat antarabangsa perlu mematuhi semangat dan prinsip Piagam PBB, dan teguh melindungi multilateralisme. 

Beliau berkata, semua pihak perlu mengambil peluang daripada sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-75 PBB untuk melindungi order yang berteraskan undang-undang antarabangsa, menyokong peranan lebih besar PBB dalam ehwal sejagat, dan mendorong pembentukan sistem tadbir urus global yang adil dan berkesan. 

Katanya, penggunaan atau ancaman untuk menggunakan kekerasan ditentang keras, begitu juga tindakan menjangkaukan bidang kuasa sendiri ke atas negara lain, mengenakan sekatan secara sepihak, serta mempolitikkan atau mengamalkan dwistandard dalam isu-isu seperti antikeganasan dan hak asasi.

China yang sentiasa berperanan sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global dan penjaga order antarabangsa, bersedia bersama-sama semua anggota PBB untuk menjayakan kerja-kerja pertubuhan tersebut, ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

张宪