Amaran Peringkat Pertama Kecemasan Kesihatan Awam Berkuatkuasa

2020-01-25 14:42:57  CRI
Share with:

Beberapa tempat di China termasuk provinsi Zhejiang, Guangdong, Hunan, Hubei, Anhui dan bandar Tianjin, Beijing dan Shanghai telah mengumumkan penguatkuasaan amaran peringkat pertama kecemasan kesihatan awam pada dua hari yang lalu.

Apabila amaran peringkat pertama itu berkuatkuasa, jabatan kerajaan pelbagai peringkat, jabatan pentadbiran kesihatan, institusi perubatan, agensi pencegahan penyakit dan agensi pengawasan kesihatan perlu mengambil tindakan selaras untuk mengatasi wabak.

Selain itu, sebahagian besar destinasi pelancongan di pelbagai tempat di seluruh negara termasuk Istana Kono di Beijing, turut ditutup untuk sementara waktunya. 

曹捷