Pemimpin Israel dan AS Bakal Berunding Isu Israel-Palestin

2020-01-26 15:28:25  CRI
Share with:

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pemimpin Parti Biru dan Putih, Benny Gantz bakal melawat Amerika Syarikat (AS) pada minggu hadapan. Mereka akan masing-masing mengadakan rundingan dengan Presiden, Donald Trump tentang "perjanjian abad" bagi penyelesaian masalah antara Palestin dengan Israel.
Gantz dalam sidang media malam tadi berkata, beliau akan berunding dengan Trump pada 27 Januari nanti. Menurut media Israel, Netanyahu bakal mengadakan rundingan dengan Trump pada 28 Januari nanti.
 

徐国玮