Kobe Bryant Maut dalam Nahas

2020-01-27 13:57:32  CRI
Share with:

Bintang bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Kobe Bryant maut pada usia 41 tahun apabila helikopter yang dinaikinya terhempas di Calabasas, selatan negeri California semalam.

Sumber pejabat syerif tempatan memaklumkan, kemalangan berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan di lokasi kira-kira 50 kilometer dari timur pusat bandar Los Angeles.

Kesemua sembilan orang yang berada di dalam helikopter tersebut disahkan terbunuh, termasuk anak perempuan Bryant yang berusia 13 tahun.

Punca nahas sedang disiasat.

徐国玮