Himpun Kekuatan, Lawan Wabak

2020-01-27 13:45:11  CRI
Share with:

Dewan Negara China dalam satu taklimat media semalam menyatakan komitmen untuk mengutamakan kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak pneumonia akibat koronovirus jenis baharu, dengan pimpinan kumpulan kerja kerajaan pusat.

Dalam mesyuarat pada 25 Januari, Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memutuskan untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi menangani situasi semasa, dan menghantar kumpulan pemandu ke kawasan yang teruk dilanda wabak termasuk provinsi Hubei.

Perkembangan ini menandakan kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak telah dinaikkan ke tahap paling tinggi, mencerminkan tekad kerajaan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat.Berdepan wabak yang melanda Wuhan secara tiba-tiba, langkah respons yang diambil China telah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Akhir-akhir ini, berita tentang hospital sementara yang dapat siap dibina di Wuhan dalam masa enam hari menjadi fokus media asing. BBC menganggap kemampuan kerajaan China untuk mengatasi semua kekangan birokrasi dan menggerakkan sumber sosial, faktor yang membolehkan pembinaan fasiliti seumpama dalam masa yang begitu terhad.

Kini, sebanyak 30 provinsi, wilayah dan bandar di China telah melancarkan respons kecemasan peringkat pertama, yang meliputi populasi lebih 1.3 bilion. Pasukan perubatan dari pelbagai tempat turut dihantar ke Hubei.

Rakyat China yang seramai 1.4 bilion sedang menghimpunkan kekuatan untuk melawan wabak ini. 

曹捷