Komuniti, Barisan Pertahanan Pertama

2020-01-27 13:59:44  CRI
Share with:

Pegawai dari Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China hari ini menekankan pentingnya peranan komuniti perumahan selaku barisan pertahanan pertama dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

Untuk mencegah dan mengawal penularan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu ini, orang yang dijangkiti hendaklah dikesan, dilaporkan, dikuarantin, didiagnosis dan dirawat dengan seawal mungkin.

Usaha berkenaan kini berada pada masa genting. Komuniti baik di bandar mahupun desa perlu mengawasi dan menguruskan situasi dengan rapi, dan menghalang penyebaran virus jenis baharu itu secara berkesan.

徐国玮