Israel Benarkan Warga Kunjung Arab Saudi

2020-01-27 13:58:10  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Israel akan membenarkan warganya berkunjung ke Arab Saudi untuk tujuan keagamaan dan perniagaan.

Kementerian Dalam Negeri Israel dalam satu kenyataan semalam menyatakan, keputusan untuk melonggarkan larangan kunjungan ke negara tersebut dibuat selepas rundingan dengan pasukan keselamatan.

Menurut dasar baharu, warga Israel yang beragama Islam boleh pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji.

Warga Israel juga dibenarkan menghadiri mesyuarat atau mencari pelaburan di Arab Saudi untuk tempoh lawatan tidak melebihi 90 hari.

Mereka juga perlu mendapatkan undangan dan kebenaran daripada pihak Arab Saudi.

徐国玮