Palestin Seru Tolak "Perjanjian Abad Ini"

2020-01-28 13:12:49  CRI
Share with:

"Perjanjian abad ini" yang disarankan Amerika Syarikat (AS) sebagai penyelesaian kepada isu Palestin-Israel dikatakan membelakangi undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye semalam menyeru masyarakat antarabangsa agar menolak perjanjian tersebut, yang didakwa mengorbankan kepentingan bangsa Palestin demi memenuhi tuntutan Israel.

Katanya, perjanjian itu tidak boleh menjadi asas bagi merungkai konflik, dan AS sudah hulang kredibiliti selaku pengantara dalam proses damai Palestin-Israel.

Dimaklumkan, Presiden Mahmoud Abbas akan memanggil pemimpin dari semua parti untuk membincangkan langkah respons kepada perjanjian tersebut.

徐国玮