Puluhan Cedera dalam Demonstrasi di Iraq

2020-01-29 13:43:58  CRI
Share with:

Demostrasi yang diadakan di Baghdad serta beberapa tempat di tengah dan selatan Iraq semalam telah mengakibatkan berpuluh-puluh orang cedera.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Iraq yang enggan mendedahkan namanya memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua bahawa beratus-ratus orang berhimpun di lapangan Khulani dan Tahrir di pusat bandar Baghdad untuk menuntut kerajaan menggalakkan pembaharuan, menghapuskan rasuah dan menambah baik perkhidmatan awam. 

Konflik tercetus antara pemprotes dengan polis, mengakibatkan 15 orang cedera.

Menurut laporan lain, demonstrasi turut diadakan di beberapa tempat lain di negara itu pada hari yang sama. 

Para penunjuk perasaan menuntut parti-parti politik menamakan calon perdana menteri baharu yang boleh diterima oleh semua pihak dengan secepat mungkin dan Parlimen mengawalkan pilihan raya.

曹捷