Xi Temu Ketua Pengarah WHO

2020-01-29 13:38:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125508831_15802183172141n


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di Beijing semalam.

Xi menyatakan, pada masa ini, rakyat China sedang bertungkus lumus melawan wabak penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

Sambil menekankan betapa kepentingan rakyat diutamakan dalam perjuangan ini, beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa dugaan semasa pasti dapat diatasi dengan usaha bersama.

Tedros pula berkata, sebaik sahaja wabak tercetus, China segera mengenal pasti patogen terbabit, kemudian mengambil inisiatif untuk berkongsi urutan genomnya dengan WHO dan negara-negara lain dari semasa ke semasa.

Berdepan wabak ini, kerajaan China menunjukkan tekad politik yang kukuh dan telah melaksanakan pelbagai langkah berkesan bagi mengawal penyebaran wabak tersebut.

Beliau yakin usaha China mampu menghalang penularan wabak berkenaan secara berkesan, hingga akhirnya mencapai kemenangan.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张宪