Gunaan Kapasiti Pengeluaran Penutup Mulut 94%

2020-02-14 12:30:21  CRI
Share with:

Setakat 11 Februari, kadar gunaan kapasiti pengeluaran penutup hidung dan mulut di seluruh China mencatat 94%, yang mampu memenuhi keperluan staf perubatan untuk melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Pegawai pemeriksa kanan dari Jabatan Pembangunan Industri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Xia Nong semalam memaklumkan, selepas kegiatan pengeluaran disambung semula, gunaan kapasiti pengeluaran penutup mulut dan hidung turut dipulihkan. Bagi penutup N95 dan jenis biasa, kadarnya kini masing-masing 128% dan 106%.

Naib Pengarah Jabatan Barang Pengguna di bawah Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), Cao Xuejun berkata, yang paling diperlukan sekarang ialah pakaian pelindung kegunaan perubatan.

Setakat ini, Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) telah menghantar 180 pasukan perubatan seramai lebih 20,000 orang ke Wuhan dan Hubei.

高蕾