Niat Jahat di Belakang Teori Konspirasi

2020-02-23 14:28:13  CRI
Share with:

Sejak wabak koronavirus baharu (COVID-19) tercetus, kuasa anti-China termasuk segelintir politikus dan media Amerika Syarikat (AS) menyebarkan khabar angin mengenai punca wabak, sambil menghitamkan kesungguhan China dalam perjuangan melawan wabak.

Teori konspirasi seperti “koronavirus baharu itu berasal dari makmal di Wuhan”, “perang biokimia” malah “bahaya kuning (yellow peril)” diheboh-hebohkan pihak-pihak terbabit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan hujahan tersebut sebagai “wabak maklumat (infodemic)”, dan tidak mempunyai apa jua bukti yang benar, hanyalah dugaan subjektif.

Segelintir orang berniat menggunakan “teori konspirasi” seumpama ini untuk mem-bantut kerjasama antara China dengan WHO serta negara lain, di samping mem-peroleh kepentingan politik bagi dirinya.

Teori konspirasi” yang didalangi motif terselindung tersebut melanggar hati nurani dan mencabar nilai moral umat manusia, pasti akan digagalkan.

胡星