Kelebihan China Tidak Berubah

2020-02-23 14:31:26  CRI
Share with:

Impak wabak koronavirus baharu (COVID-19) terhadap China adalah sementara. Kelebihan kompetitif komprehensif China dalam menarik modal asing tidak berubah untuk jangka masa yang panjang, dan keyakinan serta strategi syarikat transnasional yang besar untuk melabur di China tidak berubah.

Demikian dikatakan Ketua Pengarah Jabatan Modal Asing Kementerian Perdagangan China, Zong Changqing dalam sidang akhbar secara dalam talian pada 21 Februari.

Beliau menjelaskan, disebabkan penularan wabak dan faktor-faktor lain seperti cuti panjang Tahun Baharu China (TBC), banyak syarikat berdepan kesukaran dalam penyambungan semula pengoperasian dari segi kepulangan pekerja, logistik, bekalan bahan pengeluaran dan lain-lain. Pada masa yang sama, banyak pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat kerana wabak. Jumlah penggunaan modal asing China pada Januari lalu mengekalkan momentum yang mampan walaupun kadar peningkatannya lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Impak wabak terhadap penggunaan modal asing dijangka akan menjadi lebih ketara pada Februari, Mac, malah suku pertama tahun ini.

Zong Changqing berkata, kementerian perdagangan akan sedaya upaya memberikan kemudahan kepada syarikat modal asing di samping menarik lebih banyak pelaburan asing.

Baru-baru ini, kesemua 32 syarikat penghasilan komponen dan alat ganti kenderaan modal Korea Selatan di provinsi Shandong telah menyambungkan semula operasi mereka di bawah panduan kementerian perdagangan sebelum 15 Februari. Selain itu, 80% syarikat asing di Shanghai, Shandong dan Hunan telah menyambungkan semula semula pengeluaran.

胡星